Terlalu banyak kebaikan dan kelebihan apabila menunaikan solat seperti dikasihi Allah, mendapat rezeki yang baik dan berterusan, terhindar daripada melakukan keburukan dan kejahatan serta membersihkan dosa yang berlaku di sepanjang kehidupannya.
Ia berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan, lalu seseorang itu menyempurnakan wuduk, khusyuk dan rukuknya, sembahyang itu akan menghapuskan dosanya sebelum itu selagi dia tidak melakukan dosa besar. Begitulah untuk selamanya. (Riwayat Muslim)
Oleh itu, mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka hukumnya berdosa dan boleh menyebabkan beberapa perkara kerana meninggalkan suruhan Allah SWT yang paling asas iaitu sembahyang. Antara akibat dan kesannya adalah seperti berikut:
l Mendapat kebinasaan di dunia dan akhirat seperti firman Allah SWT: "Kemudian mereka diganti oleh satu angkatan, yang meninggalkan solat dan menuruti hawa nafsu, sebab itu mereka akan menemui kebinasaan". (Surah Maryam: 59)
l Tidak mendapat penyelamat pada hari hisab seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Pada hari hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengerjakannya, menjadi penghujah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya.
"Walhal tidaklah ada nur, pembela dan penyelamat seksa bagi orang yang tidak menjaga solatnya dan dia senasiblah dengan Firaun, Haman dan Ubay Khalaf". (Riwayat Ibnu Hibban dan at-Tabaran)
No comments:
Post a Comment