# laksanakan kewajipan klik..=) #

Thursday, March 3, 2011

Nasyid Indie Vol.2 - Nasyeed Semesta



Lama betul x update blog ni...nak wat cane,bila balik kolej,macam2 keje yg dtg...assignment,nasyid,silat...macam2...huhu... tangan yang ade ni pun rasa macam x cukup nak handle sume keje yg dapat. tapi xpelah, sume keje yg ade tu Allah dah tetapkan n yg penting skali aku tau, Allah x kan zalim pada hambaNya... Allah akan bg dugaan n cabaran yg Dia tahu kita mampu buat... so,atas diri kita sendiri sama ada nak hadapi cabaran or lari...huhu

ok lah..xnak cite panjang pasal masalah..hari ni kita nak cite benda yang fresh n happy..hehe...ape yg happy n fresh??? yg fresh nye, album ug gambar atas ni adlh album Nasyid Indie Vol.2 - Nasyeed Semesta yg akan release 14 Mac ni kalau ikut makluma yg aku dapat dari pembikin album ni iaitu Halim Devotees..ni album nasyid Indie ke2 keluaran dari Neurotic Studio.

yang happy nye plak, dalam album ni dimuatkan 1lagu yang bertajuk Ratu Hatiku nyanyian group aku sendiri...Read One..hehe ni 1st lagu kami sendiri...mmg happy la kan..haha

harap2 album ni dapat sambutan dari sahabt2 n sape2 yg minat nasyid...yang x minat pun blh cuba2 dgr...mana tau nnti minat plak tentiba...hehehe..bawah ni gambar group nasyid aku..hehe









Friday, October 15, 2010

Awards...2 Sekali Gus..huhu

Tgh malam ni aku online,terkejut aku dapat 2skali award...hehe




award yang pertama ni aku dapat dari cik akyn..hehe...thnx to u...tapi tertanya2 gak aku..kreatif ke blog aku ni???hehe...kalau ade cadangan untuk kreatifkan lagi,bg la cadangan ye...dengan senang hati aku terima..hehe...=)




award yang ke2 ni aku dapat dari kak rose plak..hehe..thnx to u 2...=) kalau ikut nama award tu,aku yang beautiful...tapi cam x sesuai la plak sbb aku ni hensem... [ haha..perasan kejap..] so,aku anggap yg beautiful ni blog aku la kan...huhu..bagi mata aku,mmg aku dah wat yg cantik2 kat blog ni...tp x taula cane pandangan mata korg...hehe...

anyway...thnx to both of u...=)






Thursday, October 14, 2010

Cuti dah nak HABIS!!!!!

Aduhai....rasa macam baru kejap je aku cuti sem...tapi hakikat nye cuti aku bukn men panjang lagi...haha...aku stat cuti dari sblm raya lagi..makne nye...1bulan raya mmg aku ade kat rumah je...huhu

so,menurut pada jadual yang aku rujuk kat web KUIS, rabu dpan aku dah kene daftar masuk sem baru..dah masuk semester ke5...tua dah aku ye...haha...

tapi yang aku xsuka nye sbb fakulti aku kene daftar hari 1st...tiap2 sem camtu...bila dah dftar awl,cmfrm la mmber x ramai lagi yg ade...tiap2 sem aku keseorangan kat hostel mggu 1st tu...huhu...sbb nye???sbb roomate aku rmh nye dkat ngn kolej...housemate plak dftar lewat sbb lain fakulti...kesian aku sorg2...ade sape nak teman???haha

aku saje je tulis pasal benda ni...sbb x au ape nak tulis...ni aku tgh tulis sambil tgk cite Bruce Lee kat TV2...layannnnnn............................




Monday, October 11, 2010

6 Persoalan Hidup

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Kemudian pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sekian.




Monday, October 4, 2010

9 Jenis Syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.









Friday, October 1, 2010

Petua Kecantikan Semulajadi 2

ok...kita sambung sikit bab petua nak jg jecantikan ni...jangan ingat ni untuk perempuan je...laki pun blh amalkan..huhu

kali ni aku nak cite sikit tentang KETUAT...kalau xknal ape itu ketuat,korg tgk kat kaki korg...kalau ade bahagian kulit keras yg len macam ckit bntuk nye,ketuat la tu..huhu...benda ni mungkin x bahaya,tapi x slesa dibiarkan ada kat kaki...x lawa pun kalau org nampk..haha

ok..ni petua yg aku nak bg untuk bg hilang ketuat ni...Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

cuba,jangan x cuba...hehe...kita akan sambung dngan beberapa lagi petua di masa akan dtg...=)


http://zanjabil87.blogspot.com





Thursday, September 30, 2010

Petua Kecantikan Semulajadi 1

kat sini aku nak kongsikan beberapa tips kesihatan..hehe...benda ni aku dapat dari kawan2 masa kt UDM dulu...orang asyik kejar nak jadi cantik je kan???so, masing2 duk cari produk2 kat pasaran yang mahal n kita x tak tahu sama ada benda tu blh bg effect buruk or x pada badan kita...


so,untuk permulaan, aku nak bg tip tentang resdung...ramai yang ade resdung...n ade yg teruk...ni tips yg aku dapat...amalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.


yang mana ade resdung tu,x salah kalau mencuba cara yang mudah ni...mn tau kot berkesan..aku xde resdung...so,xde kesan kalau cuba..hehe...selamat mencuba...=)







Wednesday, September 29, 2010

Adakah anda?????

1.Adakah anda bersembahyang jemaah setiap hari?
2.Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?
3.Adakah anda melakukan solat sunat dhuha dan sunat witir?
4.Adakah anda tertinggal takbiratul ihram yang pertama semasa solat berjemaah?
5.Adakah anda membaca ayat-ayat al-Qur'an?
6.Adakah anda membaca al-Ma'thurat(doa amalan nabi) pada hari ini?
7.Adakah anda selawat atas rasul pada hari ini?
8.Adakah anda menjalankan dakwah kepada orang lain?
9.Adakah anda menziarahi saudara lain kerana Allah?
10.Adakah anda menyeru kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar?
11.Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah?
12.Adakah anda membaca buku-buka agama Islam?
13.Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang ada?
14.Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman hari ini?
15.Adakah anda bergaul dengan orang-orang soleh dalam mengingati Allah?
16.Adakah anda menitis airmata mengingati Allah pada waktu yang sunyi?
17.Adakah anda bercita-cita untuk mati dan berjihad pada jalan Allah?
18.Adakah anda berfikir tentang hari akhirat dan bagaimana kedudukan anda? Syurga atau neraka?
19.Adakah anda berfikir tentang mati walau sesaat?
20.Adakah anda membenci dan menyayangi orang lain kerana Allah?
21.Adakah anda memungkiri janji?
22.Adakah anda berbohong?
23.Adakah anda mempersendakan Allah dan hukumNya?
24.Adakah anda pernah terjerumus kedalam maksiat?
25.Adakah anda terfikir untuk melakukan maksiat?
26.Adakah anda menzalimi orang lain?
27.Adakah anda menceroboh hak orang lain?
28.Adakah anda mengumpat orang lain?
29.Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?
30.Adakah anda memaafkan orang lain kerana Allah?
31.Adakah anda dapat menahan sabar dan marah di dalam menghadapi kesulitan serta merasa penuh harap kepada Allah?
32.Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
33.Adakah anda pernah merasa riak dan takabur setelah melakukan sesuatu?
34.Adakah anda telah menjaga telinga, mata, tangan, kaki, mulut dan anggota lain dari maksiat?
35.Adakah anda mengabaikan dalam masa dalam urusan terutama dalam hal solat?
36.Adakah anda berwudhu sebelum tidur?
37.Adakah anda telah mengamalkan doa harian dalam segala urusan anda?
38.Adakah anda telah berniat untuk solat malam?
39.Adakah anda telah berazam untuk memperbaiki diri anda untuk menjadi lebih baik lagi pada hari esok?







Monday, September 27, 2010

DiGi iPhone 4 Life


hari ni masuk hari ke 3 aku tulis pasal Digi ihone ni...kenape???sbb aku nak dapat fon canggih ni secara free...hehe

dah macam2 aku tulis pasal Phone 4 yg baru ni.harap korg baca n faham la ye...kalau berminat,korg blh je trus ke kedai bli...xpun korg bli ngn plan Digi yg murah ni..hehehe (bodek nampak) hahaha

kalau ade iPhone 4 ni,macam2 aku blh guna dalam kehidupan seharian...1st skali,mana2 aku pegi, aku akan gunakan kamera yang ade untuk simpan segala kenangan2 aku di semua tempat...aku mmg suka bergambar...hehe...

2nd, kat telinga aku msti ade hansfree yang menunjukkan aku mendengar lagu yg aku pasang pada iPhone tu....huhu...

dan yang palinh best,bila aku g makan kat mn2 kdai yg ade wi-fi (kebanyakan kdai ade wi-fi skrg ni...lagi2 kdai mamak) aku akan gunakan iPhone tu untuk aku layari internet n semestinya untuk aku nline nuffnang...hikhikhik...

macam2 lagi apps yg ade pada iPhone yg aku leh guna dalam hidup...untung nya aku kalau dapat pakai iPhone idaman aku tu...huhu....

Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Real

wah wah wah....mari kita sambung cerita mengenai iPhone 4 yang orang tgh gila-gilakan sangat sekarang ni,...huhu...smlm aku cite ape yg aku suka pada apps dia kan???hari ni meh aku nak cite ape yang aku suka ngan plan Digi iPhone plak...=)

kalau kiorang rujuk pada link ni http://www.digi.com.my/iphone/getone_want_iphone.html korg blh jumpa macam2 kelebihan yg korang blh dapat ngn plan Digi iPhone ni...huhu..1st skali mstilah korg akan nampak harga dia dah turun...kan???heehe (silap2 aku plak pakai Digi pasni...huahuahu)

call punya cas dh sememangnye digi cas murah2 je...tu yg i like tu...hikhik..yg penting skali xde extra charge dari digi...yg len2 tu kadang2 cas terlebih2...ntah dtg dari mn...hahaha

yang paling aku suka adalah free cal,SMS n MMS dgn 6 org family yg pakai digi...(sedap bergayut tu...hahaha)

lain2 maklumat pasal Digi iPhone plan ni, korg blh rujuk link ni.. www.digi.com.my/iphone/getone_want_iphone_upgrade.html