# laksanakan kewajipan klik..=) #

Monday, December 29, 2008

SALAM MAAL HIJAH BUAT SEMUA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kepada semua rakan2 yang melawat blog ku ini,salam maal hijrah buat semua...moga tahun baru ni kita bina azam baru,kejayaan baru dan mga kita makin dekat dengan Allah...
kesalahan2 yg dilakukan pada tahun lepas,kita jadika iktibar dan pengajaran buat diri kita semua...dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم kita mulakan tahun baru ini dengan berkat Allah,tuhanyang maha mengetahui...Wallahua'lam....



Saturday, December 27, 2008

AzAb TinGgaLkAn SoLaT...

Solat fardu adalah ibadah wajib dilaksanakan orang Islam. Orang Islam juga disarankan melakukan solat sunat yang dapat menampung serta menambah pahala bagi mereka yang melaksanakannya.

Terlalu banyak kebaikan dan kelebihan apabila menunaikan solat seperti dikasihi Allah, mendapat rezeki yang baik dan berterusan, terhindar daripada melakukan keburukan dan kejahatan serta membersihkan dosa yang berlaku di sepanjang kehidupannya.

Ia berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan, lalu seseorang itu menyempurnakan wuduk, khusyuk dan rukuknya, sembahyang itu akan menghapuskan dosanya sebelum itu selagi dia tidak melakukan dosa besar. Begitulah untuk selamanya. (Riwayat Muslim)

Oleh itu, mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka hukumnya berdosa dan boleh menyebabkan beberapa perkara kerana meninggalkan suruhan Allah SWT yang paling asas iaitu sembahyang. Antara akibat dan kesannya adalah seperti berikut:

l Mendapat kebinasaan di dunia dan akhirat seperti firman Allah SWT: "Kemudian mereka diganti oleh satu angkatan, yang meninggalkan solat dan menuruti hawa nafsu, sebab itu mereka akan menemui kebinasaan". (Surah Maryam: 59)

l Tidak mendapat penyelamat pada hari hisab seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Pada hari hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengerjakannya, menjadi penghujah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya.

"Walhal tidaklah ada nur, pembela dan penyelamat seksa bagi orang yang tidak menjaga solatnya dan dia senasiblah dengan Firaun, Haman dan Ubay Khalaf". (Riwayat Ibnu Hibban dan at-Tabaran)

Petikan dari Berita Minggu 28/12



KeMbArA FAEEZ BerMuLa...

2mggu lpas,saudara Faris telah menjemputku utk join group nasyid dia utk pertandingan peringkat KUIS pada 25/12 baru2 ni...asalnya nama group kami FARAHIDEEN...

bermula dengan 2lagu iaitu Himah Kembara n Layar Keinsafan..tapi akhirnya kami memilih Hikmah Kembara kerana ingin mengikut kehendak urusetia pertandingan yg hanya mahukan 1 lagu dari setiap group..masa latihan,ade je yang x datang..itu dugaan pertama kami..

1mggu nak pertandingn,masalah besar kami dapat..xde minus two lagu hikmah kembara..kami pun x tau mn nak cari masa tu..tiap2 hari kami n manager kami usaha cari minus two..ramai kawan yg kami mtk tlg..tapi sume x dapat buat..last2 aku g kat Warta,Bangi ngn Fitri utk cari CD minus two..sambil tu aku pun cari gak kemea putih...sbb aku xde kemeja puih masa tu..korg tau,baju putih yg aku pakai tu,baju sekolah..haha..jenama canggih lagi..huhu..kat warta,kami jumpa CD tu,kami rasa lega sangat..

tapi masa tu dah hari pertandingan..kami juz sempat berlatih dengan minus two lpas maghrib..pertandingan stat kul8.30 masa tu..disebabkan kurg latihan ngn minus two,masa pertandingan,aku buat slack lambat mask masa part aku solo...sedih gler aku..tapi alhamdulillah mber aku x salahkan aku..dan Alhamdulillah gak kami dapat tempat yg ke 3..juri masa tu Bro Fazli dari Far East..huhu

kami harap dapat kekalkan group kami ni n manager kami akan bantu naikkan nama group kami..kepada sume sahabat ku,doakan lah kejayaan kami di masa akan datang..

gambar2 kami ade kat bawah tu..huhu


Thursday, December 25, 2008

KumPuLaN FAEEZ...huhuhu

asyik mnyanyi...huhu


ats stage..huhu..HIKMAH KEMBARA

FAEEZ

zainul wif fitri

fitri

faris

mahir

zainul@zanjabil

Wednesday, December 24, 2008

MenGaPa MaSiH Ade Yg X FaHaM???

KETEGASAN kepemimpinan terhadap beberapa pihak yang mempertikai fatwa pengharaman yoga oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memperlihatkan kesungguhan memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai penyelewengan akidah melalui yoga.

Namun, tidak dinafikan sesetengah kita ternyata masih keliru dengan penggunaan mantera dalam yoga. Mereka cuba mengasingkan senaman yoga dan mantera. Lalu membuat justifikasi, senaman yoga tanpa mantera adalah halal kerana ia sekadar amalan fizikal yang membawa kebaikan untuk kesihatan pengamalnya.

Kenyataan itu mengelirukan dan perlu dibincang secara ilmiah supaya semua pihak jelas dengan sesuatu hukum berkaitan. Sebenarnya, isu yoga bukan sekadar kebergantungan kepada mantera dan produk kesihatannya, tetapi senaman itu terdiri daripada pelbagai instrumen keagamaan Hindu.
Buktinya, “Sesungguhnya tempat duduk diri adalah hati .... sesungguhnya secara bertahap sampai ke realisasi ini naik ke langit. Inilah yang disebut diri. Ia abadi. Ialah Brahma. Sesungguhnya ada tiga suku kata: Sat - ti - yam ..” Di sini ada benteng bernama Aparjitah; dan ada apartmen emas Tuhan ....' (rujuk The Chandogya Upanishad halaman 288 - 289)

Dalam kitab Upanishad disebutkan: “Tuhan meliputi semua diameter syurga. Dia lahir daripada keabadian. Dia ada di dalam rahim. Dia sudah dilahirkan dan akan dilahirkan.” (Upanishad 424)

Berdasarkan keterangan di atas, jelas kepada kita senaman ini berasal daripada kepercayaan Hindu. Ia bukan sekadar kedudukan biasa, sebaliknya mempunyai prinsip teologi tersendiri dalam agama Hindu. Pengamalnya melakukan senaman sedemikian berdasarkan kepercayaan demi mencapai maksud tertentu. Walau dilihat dalam bentuk duduk atau senaman, formasi berkenaan sinonim dengan amalan keagamaan Hindu.
Jika jelas senaman atau formasi yoga sinonim dengan keagamaan Hindu, maka umat Islam ditegah daripada mengamalkannya. Ketentuan itu berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri daripada kalangan mereka (kaum berkenaan).”

Penyamaan dalam hadis itu merujuk asal usul fahaman, perbuatan dan pegangan. Jika ada sebarang perkataan, perbuatan dan pegangan Muslim menyerupai doktrin Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain, ia dikira tergolong ke dalam golongan mereka.

Penyamaan dalam bentuk kepercayaan disusuli dengan perbuatan secara langsung adalah haram yang ditetapkan secara ijmak.

Hadis itu juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jati diri mereka sebagai Muslim. Mereka dilarang menyerupai golongan Musyrikin disebabkan akidah Muslim terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.
Justeru, jika umat Islam tidak membaca mantera sekalipun tidak semestinya yoga halal kerana formasi dan senaman itu adalah simbolik yang sinonim dengan doktrin kepercayaan Hindu dan Islam menegah umatnya melakukan acara berteraskan kepada kepercayaan agama lain.

Ada juga pihak yang cuba menghalalkan yoga atas alasan ia produk kesihatan untuk pengamalnya. Hujah ini boleh disanggah dengan beberapa kriteria:

l Asal usul yoga adalah daripada keagamaan Hindu. Sama ada diamalkan sedikit, juzuk tertentu atau sebahagian ia tetap haram kerana Islam tidak membenarkan umatnya menyerupai upacara keagamaan lain.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.” Jika senaman ini jelas berlatarbelakangkan keagamaan Hindu, mengapa pula ia ingin diamalkan orang Islam? Bolehkah umat Islam mencantum pegangan Islamnya dengan amalan Hindu? Jawabnya, tidak sama sekali. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan tokok tambah dalam urusan kami (agama) nescaya tertolak.”

l Kaedah fiqhiyyah menyebut, asal pada percakapan (kalam) adalah hakikat. Oleh itu, mari kita sama-sama memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan yoga?

Kamus Dewan (edisi keempat) menyatakan yoga ialah sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan tuhan dengan mengheningkan fikiran (bertafakur) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran. Ia juga membawa maksud senaman pelbagai cara untuk menenangkan fikiran seperti bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat.

Menurut sebuah ensiklopedia, yoga merujuk kepada disiplin tradisional berkaitan fizikal dan mental yang berasal dari India; matlamat yang dicapai melalui disiplin ini; dan satu daripada enam fahaman ortodoks (astika) dalam falsafah Hindu. Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit, berasal daripada kata yuj, memberikan banyak makna seperti mengawal, menggalas dan menyatukan. Terjemahannya termasuk bergabung, bersatu, kesatuan, penghubung, jalan atau cara.

Yoga dikatakan mempunyai beberapa cabang antaranya Raja Yoga, Karma Yoga, Jnana Yoga, Bhakti Yoga dan Hatha Yoga. Sebenarnya, banyak teks Hindu membincangkan aspek yoga, termasuk Veda, Upanishad, Bhagavad Gita, Hatha Yoga Pradipika, Shiva Samhita dan pelbagai Tantra.

Kesimpulannya, jika diketahui hakikat yoga sinonim dengan Hindu itu diharamkan, Islam pula menggariskan dengan kaedah: “Sesuatu yang haram dilakukan, haram pula untuk dituntut” atau “sesuatu yang haram diambil, haram pula untuk diberikan.”

“Apabila berhimpun perkara yang halal dan haram, maka dimenangkan yang haram ke atas yang halal.” Kaedah ini boleh diguna pakai merangkumi perbuatan yang sedikit, juzuk tertentu atau sebahagian daripada pengharaman berkenaan. Justeru, kandungan mantera saja bukan menggambarkan keseluruhan yoga. Dalam Islam, hukum diputuskan tidak diambil secara juz’iyyah, bahkan turut merangkumi keseluruhan sesuatu pengertian. Oleh itu, mantera dan amalan kesihatan bukan alasan untuk menghalalkan yoga.

Sebahagian masyarakat Muslim hari ini terbabas dalam masalah ini. Masyarakat yang tandus agama mudah saja menyimpulkan sesuatu perkara dengan rasionalisme mereka. Akhirnya, mereka cuba memahami yoga melalui pendekatan liberal. Asal rasional, ia dilihat baik, maka ia dibolehkan.

Mereka sebenarnya lupa ‘matlamat tidak menghalalkan cara’. Ketahuilah, bahawa yoga tidak boleh ditetapkan dengan unsur rasional akal semata-mata. Jika ditetapkan sesuatu berdasarkan rasional akal semata-mata, ternyata kita mendahului akal berbanding naqal.

Penetapan itu dijelaskan Imam al-Syafie: “Sesiapa yang menganggap baik sesuatu perkara (yang tidak jelas) dia sebenarnya sudah meletakkan hukum syarak.” Penetapan hukum secara seperti ini ditegah Islam kerana anda sudah mendahului penetapan nas syarak.

Selain itu, senario menghalalkan sesuatu yang jelas haram juga boleh dikatakan sebagai satu tokok tambah dalam agama. Amalan yang direka cipta tidak berdasarkan ketentuan syarak. Bahkan bertentangan petunjuk syarak dikira sebagai reka cipta yang sesat atau bidah dholalah.

Amalan itu dianggap bidah dholalah (reka cipta yang sesat) kerana bukan daripada Islam. Bahkan bertentangan dengan Islam. Justeru, dalam kes ini, umat Islam wajib menjauhi amalan yoga serta- merta kerana ia bukan dari Islam dan bertentangan dengan Islam.

Tidak hairanlah jika Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) mengeluarkan fatwa mengenai yoga dengan mengklasifikasikannya perkara bidaah yang menyesatkan.

Sedarlah bahawa Islam agama yang lengkap dan sempurna menawarkan pelbagai produk untuk kesihatan manusia sama ada sudut fizikal, mental, mahupun spiritual. Namun apabila manusia gagal memahami dan mengenali Islam dengan mata hati yang suci, maka pemahaman Islam mereka dicampuri pelbagai unsur luar.

Akhirnya, ummah terjebak dengan pelbagai amalan karut bertentangan Islam dalam keadaan tidak sedar. Lebih menyedihkan apabila ada pihak menubuhkan kelab eksklusif berasaskan yoga dan menjadikannya sumber pendapatan. Apakah kita mahu rezeki yang mengalir dalam urat nadi daripada sumber haram? Fikirkanlah.

Kebimbangan serius ini menjadi aliran masyarakat kita hari ini. Apabila sesuatu fatwa diputuskan terhadap sesuatu perkara, ada kelompok masyarakat bangun membantah. Golongan itu tidak segan silu melaungkan penentangan terhadap fatwa yang diputuskan ulama berdasarkan kajian mendalam. Mereka yang bersikap seperti ini persis pemimpin jahiliah kuno.

Apabila sesuatu keputusan Allah dan Rasul-Nya dilihat bersesuaian, mereka mendabik dada bangga. Apabila keputusan bertentangan selera nafsu, mereka mencari pelbagai alasan menentang keputusan berkenaan. Oleh itu, umat Islam perlu sedar keadaan ini bahkan perlu bangkit mempertahankan identiti dan jati diri Islam.

Meneliti beberapa pandangan masyarakat mengenai yoga yang diharamkan, ada antaranya menyatakan mereka beramal dengan senaman yoga, melakukan beberapa amalan senaman seperti membakar colok, membaca mantera dan pergerakan yoga, tetapi hati tetap percaya kepada Allah serta mendakwa akidah mereka masih utuh dan tidak terpesong.

Sebenarnya, mereka sudah menyekutukan Allah dalam keadaan tidak sedar. Inilah natijahnya apabila umat Islam dangkal mengenai pegangan ilmu tauhid. Sebagai Muslim, kita patut bersyukur kerana masih ada ulama dan agensi agama yang mengambil berat pegangan akidah umat Islam. Kita harus menyokong hukum yang memang bertujuan menjaga maslahah umum.

Tidak ada satu pun hukum yang dikeluarkan mengongkong hak manusia. Sebaliknya setiap hukum dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dianggotai kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidangnya adalah untuk kebaikan ummah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bertindak secara proaktif sudah menjalankan kajian terhadap amalan yoga sehingga berjaya dibentangkan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan baru-baru ini.

Walaupun keputusan itu mendatangkan pelbagai reaksi kurang enak, sebenarnya Jakim berjaya menyentak pemikiran masyarakat dengan hukum kontemporari yang berani. Dalam menangani isu ini, kita perlu bijak bertindak.

Muzakarah pada peringkat negeri perlu disegerakan dan diwartakan fatwa berkenaan dalam bidang kuasa masing-masing. Pewartaan pula membolehkan kita menguatkuasakan undang-undang berdasarkan enakmen sedia ada.

Petikan dari berita harian 24disember2008


Monday, December 22, 2008

RaSuaH...Hmmmmmm

RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang diluluskan baru-baru ini selepas dibentangkan di Parlimen menunjukkan kesungguhan kerajaan memerangi amalan rasuah. Biarpun ramai yang menyedari rasuah adalah haram, dibenci Allah dan menyalahi undang-undang, gejala ini terus berkembang di kalangan masyarakat sama ada pada peringkat atasan atau bawahan. Dua kemungkinan yang membawa kepada hebatnya gejala ini sehingga berleluasa di kalangan masyarakat kerana ketidakfahaman terhadap istilah rasuah serta kuatnya perasaan tamak haloba untuk memiliki kekayaan atau kemewahan dengan cepat.

Perbuatan tumbuk rusuk ini bukan perkara baru dalam kehidupan masyarakat moden. Justeru, ia dianggap perbuatan lazim dalam kehidupan seharian. Gejala rasuah kini antara penyakit sosial yang sukar untuk diubati.

Rasuah menjadi ancaman cukup berbahaya dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Perbuatan rasuah akan mengancam seluruh sistem pembangunan negara dan bakal melahirkan masyarakat yang kucar-kacir dan menyumbang kepada keruntuhan bangsa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang kami tunjukkan (lantik) untuk memegang sesuatu jawatan yang kami tetapkan pula pendapatannya, jika dia mengambil lebih daripada itu, maka sebenarnya dia sudah mencuri." Rasulullah SAW mengutuk sesiapa yang memperoleh harta dan wang melalui rasuah. Khalifah Umar al-Khattab pada masa pemerintahannya juga sentiasa melafazkan perkataan amat berat dan kasar kepada pengamal rasuah.

Kekeliruan dan kejahilan mengenai rasuah mungkin berpunca daripada pemahaman cetek terhadap kalimah rasuah yang disangka hanya membabitkan wang semata-mata. Rasuah bukan saja membabitkan wang, tetapi turut merangkumi aspek kehidupan lain seperti tidak menjalankan tanggungjawab mengikut tempoh masa ditetapkan atau berlaku tidak jujur dan menyeleweng dalam tindakan serta perbuatan. Pengamal rasuah biasanya lebih kuat menjalankan tugasnya apabila ditawarkan dengan sogokan.

Manusia yang mengamal rasuah ini jarang memikirkan segala tindak-tanduk mereka adalah penganiayaan yang sengaja dirancang untuk menindas orang lain. Mereka yang tidak berhak diberikan hak dengan cara batil, sementara yang berhak pasti akan kehilangan peluang walaupun mereka sebenarnya mempunyai kemampuan dan kudrat untuk melaksanakan amanah. Justeru, pengamal rasuah yang hidup saling menindas semakin alpa dengan tuntutan agama. Kemewahan dan kekayaan segera yang diperoleh menutup pintu hati daripada mengingati Allah, bahkan seperti sengaja menimbun dosa dan noda akibat perbuatan sendiri.

Rasulullah SAW sering berpesan kepada pegawai dan pentadbir pada zaman Baginda supaya tidak menunjukkan kemewahan hidup yang mereka ada terutama ketika berurusan dengan orang ramai.

Baginda SAW berkata kepada Muaz Jabal yang dilantik menjadi Duta ke Yaman: "Wahai Muaz, jauhilah hidup kamu daripada keadaan serba mewah kerana hamba Allah yang setia bukanlah begitu sifatnya." Muaz mematuhi pesanan Rasulullah SAW kerana tidak ingin menderhaka Allah dan tidak mahu tergolong dalam umat Muhamad sebagaimana dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Nanti akan ada di kalangan umatku yang memakan sajian makanan dan minuman yang bermacam serta memakai beraneka jenis pakaian dan mereka bijak pula bercakap, berbual dan membelitkan lidah. Mereka itulah penjahat dalam umatku." (Hadis riwayat al-Tabrani). Seorang pegawai Rasulullah SAW di bahagian perbendaharaan negara yang menjalankan tugasnya sebagai pemungut cukai bertemu Baginda untuk menyerahkan hasil kutipan cukai. Kata pegawai itu: "Ya Rasulullah, inilah hasil negara dan ini pula hadiah untuk saya."

Mendengar hal itu, air muka Rasulullah SAW segera berubah, lalu Baginda berkata: "Aku sudah mengangkat seorang pegawai untuk satu pekerjaan. Sesudah dia bertugas, ada pula hak untuk negara dan hak untuk dirinya. Andainya dia duduk di rumah ibu bapanya dia akan mendapat hadiahkah sekiranya dia jujur? Janganlah kamu mengambil sesuatu yang bukan hak kamu supaya kamu tidak diseksa kerana wang atau pemberian itu di hari akhirat kelak."

Gejala rasuah terlalu banyak mencetuskan pelbagai kes jenayah seperti peras ugut, membunuh, dendam dan pelbagai gejala lain yang boleh memusnahkan kehidupan manusia secara keseluruhan.



Tuesday, December 16, 2008

PeRkEnaLkaN FaMiLy Ku...

ni gambar masa raye hari tu..

yg kiri skali tu adk ku yg kecik..nurul ain..11tahun

nurul syafiqah..16tahun..tahun depan SPM..

amirul faiz..18..lagi 2 tahun nak g german..

ni mak ngan ayah ku..
Mohamed Azlan dan Aspalela


Monday, December 15, 2008

PeRluNyA ILmU BeRsAmA AmAL...

SETIAP Muslim harus mengakui dengan keyakinan yang mantap di hati bahawa penciptaan manusia di muka bumi ini bertujuan mengabdikan diri semata-mata kepada-Nya dan hakikat itu perlu diterima penuh keimanan. Allah menegaskan matlamat, penciptaan manusia di dunia dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." (Surah Az-Zariyat, ayat 56).

Ini membuktikan kedudukan ibadat penting dan tidak boleh diabaikan oleh Muslimin serta Muslimat. Tidak dinafikan ibadat adalah tunjang kepatuhan manusia kepada Allah yang didorong keimanan kental dengan cara mentaati sepenuh hati segala perintah-Nya dan selalu berusaha menjauhi larangan-Nya.

Namun, perlu diingat untuk melaksanakan amal ibadat kepada-Nya, harus memiliki ilmu serta petunjuk disampaikan Rasulullah SAW kerana ilmu dan amal tidak boleh dipisah atau diasingkan. Imam Al-Ghazali pernah menuturkan: “Seluruh manusia dalam kebinasaan kecuali orang berilmu. Orang berilmu pun akan binasa kecuali yang mengamalkan ilmunya.” Imam Hasan Al-Basri juga tidak ketinggalan mengeluarkan pandangannya menyentuh ilmu dan amal iaitu: “Tuntutlah ilmu, tapi tidak melupakan ibadat dan kerjakan ibadat tapi tidak boleh lupa pada ilmu.” Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ilmu itu imamnya amal, sedangkan amal makmumnya.” Di sini jelas dengan ilmu, seseorang dapat mengenal Allah termasuk segala ciptaan-Nya, nama-Nya dan sifat-Nya yang sempurna. Jika tidak kenal Allah, bagaimana mungkin seseorang boleh melakukan ibadah?

Hal itu pernah dipersoalkan Imam Al-Ghazali dalam kitab Minhajul `Abidin - “Bagaimana jadinya apabila engkau menyembah yang engkau belum kenal dengan nama-Nya dan sifat zat-Nya dan yang wajib bagi-Nya dan mustahil dalam sifat-Nya, sebab terkadang engkau mengiktiqadkan sesuatu yang tidak layak bagi-Nya dan sifat-Nya. Jika demikian, maka ibadatmu itu berhamburan seperti debu ditiup angin (sia-sia belaka).”

Ibadat dalam Islam bukan bermakna menjauhi perkara bersifat duniawi kerana ia bertentangan dan bersifat melampau. Banyak firman Allah dalam al-Quran yang menyuruh manusia menyeimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat antaranya firman bermaksud: “Dan carilah pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi.” (Surah al-Qashash, ayat 77)

Ibadat ialah perbuatan atau kegiatan yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Semua perbuatan atau amalan tergolong amalan ibadat diukur melalui niatnya. Jika seseorang mengerjakan solat tapi niatnya ingin mendapat pujian, tentu solat itu terkeluar daripada ibadat.

Oleh itu kita dianjur menyuburkan sifat ikhlas dalam hati ketika melakukan ibadat atau apa saja amalan seperti firman Allah bermaksud: “Dan tidaklah mereka diperintah oleh Allah melainkan supaya beribadat kepada-Nya dengan ikhlas.” (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Apabila tidak ikhlas, ibadat tadi akan dicemari oleh sifat cela seperti takbur dan riak. Supaya ibadat berdiri betul dan mengikut alur disyariatkan, seseorang memerlukan ilmu untuk mendapat kefahaman yang jelas. Tidak hairan jika Allah menurunkan wahyu pertama berkenaan tuntutan mencari ilmu seperti maksud ayat: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam.” (Surah al-‘Alaq, ayat 1-4)

Ayat itu memberi pengertian Allah mengajar manusia dengan perantaraan tulis dan baca. Itulah yang dikatakan ilmu sebagai penyuluh kehidupan manusia yang selamat, terhormat dan mendapat berkat di dunia serta akhirat.

Begitu juga ayat al-Quran yang mengajak manusia berfikir sebagai tanda proses seseorang mendapatkan ilmu pengetahuan dengan menggunakan akal yang dianugerahkan Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Katakan adakah sama antara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal dapat menerima pelajaran.” (Surah az-Zumar, ayat 9)

Ibadah berkualiti dan diterima Ilahi dibuat berpandukan ilmu daripada al-Quran atau sunnah. Demi meraih manis keredaan-Nya, seseorang mesti melakukan pengabdian kepada Allah berdasarkan kefahaman yang benar dan pasti, bukan mengikut membuta tuli.


MiDteRm DaH StaRt...HuHu

skrg ni KUIS dah start exam midterm..dalam 2 minggu ni exam nye...sume doakan la aku ye...huhu lagi 2 mggu aku kene present tajuk hukum bayi tabung uji untuk subjek pengajian Islam..wish me luck!! huhu

Sunday, December 14, 2008

HinDaRi TakSuB kEraNa iTu PunCa PerPeCahAn..

KITA renung sejarah pertelagahan makhluk ciptaan Tuhan antara iblis dan Adam kerana keangkuhan. Begitu juga sejarah permusuhan dan perbalahan antara Qabil dan Habil kerana dengki atau sejarah perpecahan bangsa Arab kerana fanatik dan ketaksuban sehingga Islam dirobek berkeping-keping, dihina, dikeji, miskin dan tidak disegani lagi.

Pertelagahan, perbalahan dan perpecahan sudah berlaku sejak dulu hasil sifat buruk dan keji yang bersarang di hati. Perpecahan bukan saja berlaku kerana sifat taksub kepada sesuatu golongan malah kerana perkara kecil dan remeh.

Perpecahan juga boleh berlaku hanya kerana sedikit masalah dan berselisih pendapat. Lantaran, jalan perbincangan dan bermusyawarah perlu diadakan jika berlaku sebarang masalah.

Dalam keluarga, masyarakat dan negara, masalah berlaku, namun perundingan sering menemui jalan buntu malah berlarutan walau dunia semakin maju dan zaman turut berubah. Masing-masing saling menyalah antara satu sama lain.

Perkara kecil diperbesarkan, perkara besar disemarakkan dengan api kebencian dan dendam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bukan termasuk dalam golongan kita orang yang menyebar ajakan pada fanatik dan ketaksuban. Bukan golongan kita pula orang yang berperang kerana ketaksuban dan bukan golongan kita pula orang yang mati dalam ketaksuban."

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: "Jauhi melampau dalam agama, sesungguhnya rosaknya orang sebelum kamu kerana melampau dalam agama."

Lantaran itu kita dilarang melampau seperti orang terdahulu. Mereka yang beruntung ialah mengambil iktibar daripada sejarah dan pengalaman lalu. Melampau dalam agama meliputi semua jenis iaitu melampau dalam iktikad atau amalan.

Allah berfirman bermaksud: "Janganlah kamu melampau dalam agama kamu." (Surah an-Nisa, ayat 171). Sementara sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Binasalah orang yang berlebihan."

Orang yang berlebih ialah melampau batasan pada perkataan dan perbuatan. Justeru, Nabi SAW melarang setiap perkara berlebihan sama ada dalam beribadat atau berpakaian kerana dianggap terkeluar daripada batas kesederhanaan yang menjadi antara ciri umum bagi Islam dan karektor membezakannya daripada umat lain

Firman Allah yang bermaksud: "Dan demikianlah kami sudah menjadikan kamu umat Islam yang adil dan terbaik supaya kamu menjadi saksi atas segala perbuatan manusia." (Surah al-Baqarah, ayat 143)

Orang yang melampau cepat buruk sangka serta menuduh walaupun sedikit saja sebabnya dan mereka tidak akan memberi peluang kepada orang lain untuk menjelaskan bahkan mencari apa saja aib serta kesalahan untuk disebarkan.

Mereka menjadikan kesilapan sebagai kesalahan dan kesalahan pula sebagai kekufuran. Tidak hairan jika golongan ini sentiasa menafikan orang lain dan hanya pendapatnya yang betul. Dr Yusuf al-Qardawi pernah berkata: "Sesungguhnya keburukan mereka itu ialah prasangka buruk yang masuk ke dalam hati."

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Jauhilah prasangka itu adalah pembicaraan yang paling dusta."

Pada dasarnya semua itu adalah suatu penipuan yang memperdayakan. Penipuan ke atas diri sendiri serta menghina dan merendah orang lain. Di sini bermulanya maksiat kepada Allah iaitu maksiat iblis laknatullah.

Asasnya menipu diri dan takbur. Semua itu sebagai bibit perpecahan dan permusuhan dengan gejala perpecahan adalah malapetaka yang membawa kehancuran bagi umat.

Firman Allah yang bermaksud: "Jangan kamu berpecah-belah, sebab kamu akan lemah dan lenyaplah kekuatanmu." (Surah al-Anfal, ayat 46)

Apabila perpecahan berlaku, ia akan mengakibatkan kehancuran kepada agama dan peradaban. Lantaran itu sejarah keangkuhan iblis dengan Adam atau sejarah perbalahan Qabil dan Habil kerana kedengkian wajar direnung kembali. Juga sejarah perpecahan bangsa Arab kerana fanatik, taksub dan melampau wajar dijadikan iktibar.

a TriP 2 KUIS...

hari ni cuti raye aku habis..huhu aku naik bas dari mnjung kul 10.30a.m..bas tu ntah ape hal nya bawak punya la slow..sampai kat pusat bandar KL,jalan plak jam..aku dah panas dah..dah nak dkat sampai bustand pudu,bas plak x jalan..penumpang sume turun tepi jalan je..termasuk lah aku..huhu dengan 1beg sandang,1beg baju n 1 eg laptop..berat gler..sampai pudu,jumpa nora..mmber KUSZA yag sama masuk KUIS ngan aku..kami rancang balik KUIS sama2..sementara tggu sorg lagi kawan kami,kami g mkn kat KFC jap..dlm kul 6 baru mmber kami sampai..kami nek LRT g bandar tasek selatan n tukar nek komuter g bangi..sampai bangi kami nek prebet sapu g KUIS..elok sampai bilik,mmg aku lega gler..beg yg berat tu dah x perlu dibawak lagi...huhu

KenAnGaN LaMakU di UdM DuLu...


tiba2 aku teringat plak zaman aku kat UDM dulu...masa aku masuk dulu maih KUSZA lagi..tahun ke2 baru jadi UDM..macam2 yg aku blajar kat UDM ni..gambar tepi ni gambar budak2 klas aku dulu..cuba cari mn 1 aku..huhu..ni lah kawan2 aku dari sem1 sampai sem6..macam2 kenangan ade ngan diorg ni...kenangan manis ade..pahit pun ade..tapi yg best ngan diorg ni,sume sporting..kami mm rapat gler..sampai budk2 klas lain jeles nape kami leh rapat antara laki ngan ppuan..aku pun x tau npe budak ppuan klas lain kbanyakan nya x rapat ngan budak2 laki..padahal bukan nak rapat sampai kapel pun..buat macam adk beradik sendiri lah..baru lah ukhuwwah tu jadi rapat..kami wat macam2 progrm same2..makan same2..kat udm ni gak la aku blajar cara2 nak berpersatuan..dalam silat pun banyak kenangan aku..rindu la kat korg sume..haap ukhuwwah antara kita semua berkekalan sampai bila2...salam sayang buat semua...

aN EveNiNg iN TelUk BaTiK...


petang sabtu tu aku boring gler..pagi tu aku tolong mak aku lapangkan laman rumah sbb mak nak buat kbun cili nnti..huhu..kebetulan petan tu mmber lama ajak kuar jenjalan,aku pun setuju je lah...aku g amik hazwan kat ruma dia..pastu ingat nak jumpa faidz ngan hakim..tapi hakim masih kat klantan..faidz plak baru kuar rumah nak g KL...so,kami berdua jelah jenjalan..kami g teluk batik..amik angin..ramai gak yang g sana mandi2..maklumlah..musim cuti skolah..huhu..pastu kami ingat nak g mkn KFC kat lumut..tap parking lak xde..lat2 kami g makan KFC kat GIANT..slat asar pu kat situ..pstu dah kenyang,aku htr wan balik rmh dia..nak g rmh dia lalu kawasan lapang kiri kanan kebun org..seram gler..dah la aku pnh dengar macm2 cite pasal tempat tu..masa nak balik,aku pecu kete laju2..mmg seram btul...waktu maghrib lak tu masa tu..sampai rumah,aku lega..xde jadi pape..mandi2 n solat..huhu

Thursday, December 4, 2008

SaLaM AiDilAdhA....

sebelum aku balik bercuti ni,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat sume rakan2 y knal or x knal ngan aku...yg x knal,blh berkenalan..kih3 jangan kita pk nak sonok je raye ni..cuti tu cuti gak..ibadah pada Allah jangan lupa..sama2 kita ingat balik perstiwa disebalik hari raye Aidil Adha ni..kita ingat balik peristiwa nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anak nya Nabi Ismail bagi menunaikan tuntutan Allah S.A.W..so,jangn lah kita beraye sekadar nak berseronok je..ambil hikmah dan iktibar disebalik setiap sejarah dalam agama kita..supaya kita bolh menjadi seorg insan dan hamba yang bertakwa kepada Allah S.A.W..kepada yg berhajat mengorbankan lembu @ kambing,ikhlaskanlah pemberian ada itu..semoga pahala yg diterima,bukan dosa..

Salam Aidil Adha dari Zanjabil...

CuTi MidTeRm....


huhu...esok aku stat cuti midterm...so,x dapat la aku nak update blog aku ni dalm masa cuti ni...sbb kat rmh xde internet...kalau rajin baru g cc..huhu...cuti 1mggu je..x lma pun...lpas cuti ni dah stat xam midterm...krg doakan la aku ye...huhu

Wednesday, December 3, 2008

FuH!! JenUh!

huu..hari ni alhamdulillah internet kat KUIS ni dah ok..kalo x,payah aku nak wat keje n cari bahan dari internet..aku pakai wireless KUIS..kadang2 ok..kadang2 x ok..tu yang kadang2 masa tgh YM ngan org,tb2 putus line...kadang2 tensyen gak aku..tgh elok bincang ngan mmber,internet wat hal plak..