# laksanakan kewajipan klik..=) #

Thursday, September 30, 2010

Petua Kecantikan Semulajadi 1

kat sini aku nak kongsikan beberapa tips kesihatan..hehe...benda ni aku dapat dari kawan2 masa kt UDM dulu...orang asyik kejar nak jadi cantik je kan???so, masing2 duk cari produk2 kat pasaran yang mahal n kita x tak tahu sama ada benda tu blh bg effect buruk or x pada badan kita...


so,untuk permulaan, aku nak bg tip tentang resdung...ramai yang ade resdung...n ade yg teruk...ni tips yg aku dapat...amalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja.


yang mana ade resdung tu,x salah kalau mencuba cara yang mudah ni...mn tau kot berkesan..aku xde resdung...so,xde kesan kalau cuba..hehe...selamat mencuba...=)







Wednesday, September 29, 2010

Adakah anda?????

1.Adakah anda bersembahyang jemaah setiap hari?
2.Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat rawatib?
3.Adakah anda melakukan solat sunat dhuha dan sunat witir?
4.Adakah anda tertinggal takbiratul ihram yang pertama semasa solat berjemaah?
5.Adakah anda membaca ayat-ayat al-Qur'an?
6.Adakah anda membaca al-Ma'thurat(doa amalan nabi) pada hari ini?
7.Adakah anda selawat atas rasul pada hari ini?
8.Adakah anda menjalankan dakwah kepada orang lain?
9.Adakah anda menziarahi saudara lain kerana Allah?
10.Adakah anda menyeru kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar?
11.Sejauh manakah anda telah merasakan ketaqwaan kepada Allah?
12.Adakah anda membaca buku-buka agama Islam?
13.Adakah anda merasakan kewajipan anda lebih banyak dari masa yang ada?
14.Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman hari ini?
15.Adakah anda bergaul dengan orang-orang soleh dalam mengingati Allah?
16.Adakah anda menitis airmata mengingati Allah pada waktu yang sunyi?
17.Adakah anda bercita-cita untuk mati dan berjihad pada jalan Allah?
18.Adakah anda berfikir tentang hari akhirat dan bagaimana kedudukan anda? Syurga atau neraka?
19.Adakah anda berfikir tentang mati walau sesaat?
20.Adakah anda membenci dan menyayangi orang lain kerana Allah?
21.Adakah anda memungkiri janji?
22.Adakah anda berbohong?
23.Adakah anda mempersendakan Allah dan hukumNya?
24.Adakah anda pernah terjerumus kedalam maksiat?
25.Adakah anda terfikir untuk melakukan maksiat?
26.Adakah anda menzalimi orang lain?
27.Adakah anda menceroboh hak orang lain?
28.Adakah anda mengumpat orang lain?
29.Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?
30.Adakah anda memaafkan orang lain kerana Allah?
31.Adakah anda dapat menahan sabar dan marah di dalam menghadapi kesulitan serta merasa penuh harap kepada Allah?
32.Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
33.Adakah anda pernah merasa riak dan takabur setelah melakukan sesuatu?
34.Adakah anda telah menjaga telinga, mata, tangan, kaki, mulut dan anggota lain dari maksiat?
35.Adakah anda mengabaikan dalam masa dalam urusan terutama dalam hal solat?
36.Adakah anda berwudhu sebelum tidur?
37.Adakah anda telah mengamalkan doa harian dalam segala urusan anda?
38.Adakah anda telah berniat untuk solat malam?
39.Adakah anda telah berazam untuk memperbaiki diri anda untuk menjadi lebih baik lagi pada hari esok?







Monday, September 27, 2010

DiGi iPhone 4 Life


hari ni masuk hari ke 3 aku tulis pasal Digi ihone ni...kenape???sbb aku nak dapat fon canggih ni secara free...hehe

dah macam2 aku tulis pasal Phone 4 yg baru ni.harap korg baca n faham la ye...kalau berminat,korg blh je trus ke kedai bli...xpun korg bli ngn plan Digi yg murah ni..hehehe (bodek nampak) hahaha

kalau ade iPhone 4 ni,macam2 aku blh guna dalam kehidupan seharian...1st skali,mana2 aku pegi, aku akan gunakan kamera yang ade untuk simpan segala kenangan2 aku di semua tempat...aku mmg suka bergambar...hehe...

2nd, kat telinga aku msti ade hansfree yang menunjukkan aku mendengar lagu yg aku pasang pada iPhone tu....huhu...

dan yang palinh best,bila aku g makan kat mn2 kdai yg ade wi-fi (kebanyakan kdai ade wi-fi skrg ni...lagi2 kdai mamak) aku akan gunakan iPhone tu untuk aku layari internet n semestinya untuk aku nline nuffnang...hikhikhik...

macam2 lagi apps yg ade pada iPhone yg aku leh guna dalam hidup...untung nya aku kalau dapat pakai iPhone idaman aku tu...huhu....

Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Real

wah wah wah....mari kita sambung cerita mengenai iPhone 4 yang orang tgh gila-gilakan sangat sekarang ni,...huhu...smlm aku cite ape yg aku suka pada apps dia kan???hari ni meh aku nak cite ape yang aku suka ngan plan Digi iPhone plak...=)

kalau kiorang rujuk pada link ni http://www.digi.com.my/iphone/getone_want_iphone.html korg blh jumpa macam2 kelebihan yg korang blh dapat ngn plan Digi iPhone ni...huhu..1st skali mstilah korg akan nampak harga dia dah turun...kan???heehe (silap2 aku plak pakai Digi pasni...huahuahu)

call punya cas dh sememangnye digi cas murah2 je...tu yg i like tu...hikhik..yg penting skali xde extra charge dari digi...yg len2 tu kadang2 cas terlebih2...ntah dtg dari mn...hahaha

yang paling aku suka adalah free cal,SMS n MMS dgn 6 org family yg pakai digi...(sedap bergayut tu...hahaha)

lain2 maklumat pasal Digi iPhone plan ni, korg blh rujuk link ni.. www.digi.com.my/iphone/getone_want_iphone_upgrade.html

Friday, September 24, 2010

DiGi iPhone 4 Play

hari ni kita sambung lagi citer pasal iPhone 4 yang baru kuar tu...banyak benda nak aku cite...tapi hari ni aku juz nak cakap pasa application2 yg ade dalam iPhone yang buat aku minat n nak sangat pakai iPhone...hehe

1st apps: Apps 4 music...hehe...nape aku suka???sbb aku adalah seorang pencinta muzik...mn2 tmpat, aku mst nak dgr lagu...lagu buat aku tenang...smpai masa stdy pun aku dgr lagu...x dgr lagu,x masuk langsung ape yang aku baca...haha...

kat apps ni jugak ade Guitar Toolkit yg blh tlg ajar aku men gitar...hehe...n mybe bantu aku cipta agu untuk grup nasyid aku...hehehe...ade jugak Bloom yg blh aku guna untuk edit muzik yg aku cipta supaya jd lebih menarik...wahh.....mesti sdap lagu aku buat nnti...huahuahuahua

aku x nak cite apps lain...sbb nye???sbb aku nak cite juz apps yg paling aku minat...tulis banyak2 pun bukn korg nak baca...kan?kan?kan?hehehe

lain2 apps korg blh rujuk kat cni...
http://www.apple.com/iphone/apps-for-iphone/#heroOverview




DiGi iPhone 4 Me

korang nak tau x???ade orang nak bg aku iPhone 4 yang baru lancar semalam la...hahaha...mesti ade yang tertanya sape yang nak bg benda mahal n canggih ni kat aku kan???hhuhuu





jeng jeng jeng.....kalau korang nak tau,Digi ade wat offer kat sape2 yang nak iPhone 4 ni secara free...cara nye kene la wat beberapa keje sikit....1st task yang aku kene buat ialah post entry yang berkait ngn benda ni..huhu

kenapa aku nak iPhone???banyak sebabnye...meh aku list satu persatu..baca!! jangan x baca!!

1. touchscreen (sbb aku suka yg jnis camni n sbb aku x pnh pki fon touchscreen lg...hehe)
2. photocall (kalau tgk kat iklan tv,cam best je...hehe)
3. wi-fi (snang aku nak bukk nuffnang kat mn2 tmpat aku pegi nanti..hik3)
4. 1 GHz Apple A4 processor (processor Apple yg aku idamkan...xdpat komp Apple,iPhone pun jadi...)
5. kamera 5MP (cantik gambar nye...macam phone SE C902 yang aku pakai skrg..)
6. macam2 lagi kelebihan dia yg korang blh rujuk kat http://www.digi.com.my/iphone/why.html or kat http://www.gsmarena.com/apple_iphone_4-3275.php

kalau sape2 nak hadiah gak,klik kat banner bawah ni ye..hehehe...wish me luck..=)

Wednesday, September 22, 2010

Ibu saya seorang Pembohong!!

## copy dari email yg kawan saya bg...baca dan hayatilah..=)

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang
ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk
dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering
saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu
sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :
""Makanlah nak ibu tak lapar." -
PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi
dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi
saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk
menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada
Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah
lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu engirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan
susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan,
saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu
mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah
ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu
hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum
dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari
mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu


Moral of the story……kepada yang masih ada ibu dan dah jadi ibu/ayah hargailah ibu anda sebagaimana
anda juga pasti mengharapkan anak-anak anda menghargai anda bila anda dah tua nanti





Kawan2 ku......

lama sangat dah blog ni menyepi...banyak sangat keje yg perlu diselesaikan...lagi2 bila balik hostel, lagi la macam2 keje kene buat...sampai beberapa kali aku demam..haha






sekarang dah stat cuti, blh la aku isi masa yg terluang ngn menulis pape kat dlm blog ni...harap ade yang sudi untuk menjenguk dan membaca entry blog ni...=)